
Alhamdulillah, hari ini ditawarkan menghadiri Kursus Pembangunan Blog anjuran Pusat ICT, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kursus ini berjalan selama dua hari mulai 28 hingga 29 April 2015.
Tenaga Pengajar bagi Kursus ini adalah En Eimiza Faisha Azmi, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat daripada Pusat ICT UPSI. Seorang yang berpengalaman luas dalam perisian-perisian terbaru ICT. Lihat detil mengenai beliau dipautan berikut : About Me.

Kursus ini dimulakan dengan pengenalan kepada blogspot.com dan perbezaannnya dengan blog yang dibangunkan melalui wordpress.net atau wordpress.com. atau medium-medium yang lain.
Pengenalan Blogspot
Banyak yang membahaskan tentang pengertian BLOG atau BLOGGER BLOG. Mari kita kenali dengan bahasa yang mudah. Berikut ini adalah beberapa definisi atau pengertian blog dari beberapa ahli :
‘Sebuah weblog adalah hirarki teks, gambar, objek media dan data, yang tersusun secara kronologis, dan dapat dilihat dalam browser HTML.’ [Harvard University]